Saturday, June 13, 2009

Pejuang Bahasa Melayu Boleh


DI bilik bacaan peribadi di rumahnya bersama koleksi buku.

Bagi Baha Zain tiada istilah bersara daripada menulis, menyampaikan pandangan, berkongsi pendapat dalam memperjuangkan bahasa Melayu Boleh kebangsaan

KETIKA melayari blog milik bahazain (Datuk Baharudin Zainal), penulis tertarik dengan perenggan akhir pada muka utama yang memetik kata-kata Prof A Rahman Shaari, 'Baharuddin Zainal Pengkritik Sastera dan Penyair,' dalam Esei & Puisi Baha Zain (2000).

Katanya, '....Baharuddin Zainal ialah pengkritik sastera yang cukup berjaya. Ia sebenarnya berjaya akibat daripada sikap berhati-hati yang ada padanya dan sikap itu sentiasa dipeliharanya. Sikap berhati-hati itu menyebabkan kritikannya kerap kali mengandungi isi yang bernas, dan isi itu disampaikan melalui bahasa yang kreatif. Elok saya tegaskan, bahawa tidak besar jumlah pengkritik sastera yang berkeupayaan membina bahasa yang kreatif'.

Jika diamati, memang ada kebenarannya, cakapnya memang berhati-hati tetapi tegas dengan pendirian dalam menyatakan pandangan, kritikan serta cadangan mengenai pelbagai isu yang diaju dan dipersoalkan kepadanya.


Usianya akan mencecah 70 tahun menjelang 2009, namun ingatan, kritikan ke atas isu semasa tetap bagus kerana beliau sentiasa mengamalkan budaya mencari ilmu, mengikuti perkembangan semasa di dunia luar walaupun kini hidup di alam persaraan.

Baginya, tiada istilah bersara daripada menulis, menyampaikan pandangan, berkongsi pendapat terutama dalam bidang persuratan khususnya memperjuangkan martabat bahasa Melayu Boleh kebangsaan.

Antara buku terbaru tulisan Baha Zain.

"Saya tiada kemahiran lain selain menulis, ini sudah saya lakukan sejak zaman persekolahan dan akan teruskan selagi terdaya. Semangat memartabatkan bahasa ini tidak akan luntur sampai bila-bila dan berharap generasi muda akan teruskan usaha murni ini.

"Sejak zaman kebangkitan perjuangan Bahasa Melayu Boleh sekitar 1957 hingga 1959 saya sudah merasai bahangnya dan cukup bersemangat untuk turut berjuang. Pada peringkat sekolah, kami tubuhkan Persatuan Peminat Bahasa Kebangsaan Sekolah Anderson, Perak.

"Saya dilantik sebagai pengerusi pertama dan kami menerbitkan majalah dalam bahasa kebangsaan pada 1958 dan 1959. Kami adakan aktiviti drama, teater untuk menyokong gerakan mengembalikan maruah bahasa Melayu Boleh.

"Guru-guru resah melihat gerakan mengembalikan maruah bahasa Melayu Boleh kerana mereka berpendidikan kolonial dan tidak begitu senang dengan kegiatan kami," katanya.

Semangat perjuangan bahasa itu juga membawa kepada penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1956 dan dua tahun berikutnya, digerakkan bahasa kebangsaan.

Semangat perjuangan meningkat maruah itu diteruskan ketika menyambung pengajian di Universiti Malaya (UM) pada 1960. Sewaktu cuti semester, beliau turut bekerja sambilan di DBP disebabkan minat mendalam dalam usaha menjadikan bahasa sebagai satu perjuangan.

Sebaik saja menamatkan pengajian di UM, Baharudin terus diterima berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Penyelidik DBP sekali gus memberi ruang kepadanya untuk meneruskan perjuangan memartabatkan bahasa kebangsaan.

"Sejak kerja di DBP sampai ke hari ini, saya tak reti buat kerja lain, menulis saja. Menulis pun dalam bahasa Melayu, bukan saya tak boleh tulis dalam bahasa Inggeris, tetapi lebih selesa dengan bahasa ibunda. Itu sudah saya amalkan sejak sekian lama, bermula menulis puisi dan karangan di sekolah.

"Memang dari dulu saya nak membina bahasa Melayu Boleh. Apabila kerajaan lancarkan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, saya tentang habis-habisan, itu pendirian saya.

Saya jumpa Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Dua kali saya jumpa Pak Lah, saya cakap jelas-jelas, bukan emosional, tetapi ikut rasional. Saya katakan sejak dulu, saya memang konsisten, bukan ini tidak bermakna saya tak suka bahasa Inggeris, anak-anak saya pun belajar bahasa Inggeris, tetapi kena utamakan bahasa ibunda.

"Perjuangan saya cukup jelas, walaupun saya bukan orang politik. Untuk perjuangan bangsa, tak semestinya jadi orang politik. Masing-masing ada peranan dalam perjuangan seluruh kehidupan kita, mesti maju dalam semua bidang. "Kita perlukan peniaga, tukang kebun yang baik, barangkali pemandu teksi yang jujur juga penting untuk negara kita, bukan hanya menteri, ahli sukan pun sama, macam Datuk Nicol David (skuasy) dan Datuk Lee Chong Wei (badminton)," katanya.

Disebabkan itulah, walaupun sudah bersara, beliau tetap meneruskan agenda perjuangannya dan segala pandangan, komen mengenai isu semasa, perbahasan di Dewan Rakyat akan dikupas, diulas melalui blog miliknya.

Melalui cara itu, beliau cukup yakin masyarakat terutama generasi muda akan mendapat pandangan alternatif dan maklumat selain melalui pelbagai buku hasil tulisannya yang menggambarkan pendiriannya sejak sekian lama.

PROFIL: Datuk Baharudin Zainal

Tarikh lahir: 1939

Isteri: Datin Rusiah Abdullah, 60,

Anak: Rosihan Adi, 40, Rosihan Juara, 38, Rosiha Zain, 35,

Ibu: Allahyarhamah Teh Maarof.

Asal: Sabak Bernam, Selangor

Adik beradik: Anak bongsu daripada tiga beradik

Pendidikan:

  • 1946: Sekolah Melayu Sabak Bernam, Selangor.

  • 1949: Ujian khas memasuki sekolah aliran Inggeris. Ditawarkan ke Kolej Melayu Kuala Kangsar tetapi menolak disebabkan jarak terlalu jauh.

  • 195-1957: Sekolah Cina Anglo, Teluk Anson, Perak.

  • 1957: Menduduki Sijil Peperiksaan Cambridge.

  • 1958 - 1959: Sekolah Menengah Anderson, Perak

  • 1960: Universiti Malaya (UM),

    Kerjaya:

  • Pegawai Penyelidik Dewan Bahasa Pustaka (berkhidmat selama 22 tahun bermula 1963-1985)

  • Jawatan terakhir di DBP ialah Timbalan Ketua Pengarah

  • Lembaga Pengarah Institut Terjemahan Negara (1993-2007)

  • Persatuan Penulis Nasional (Pena) - Timbalan Presiden
  • Melayu Boleh Hebat
  • Thursday, June 11, 2009

    How we can archieve Satu Malaysia

    How we can achieve Satu Malaysia
    THE recent by-election results sent many messages to all Malaysians, with many more suddenly becoming political analysts with a hind-sight of 20/20. Whatever it is, we need to take stock of who we are and where we want to go from here. Perhaps a two-party system is now a reality in Malaysia. That would be a good start on checks and balances.
    I have travelled and talked to many people from all walks of life and discovered that Malaysians are actually changing their mindsets on how the country’s political landscape should look like and what they want in life.
    While some of my ideas are not new, I wish to emphasize several pressing issues which may affect our objective in achieving 1Malaysia. We are a nation built on many races and religions. Our leaders have professed that this is an Islamic country, and such profession must come with responsibility.
    What I am asking of them is to act within the confines of the beautiful religion of Islam where our daily conducts in life are very important. This includes, although not exhaustively, our ethics, trust, charity, and personal responsibility to God which must be upheld all the time.
    The Prophet was a living proof that Islamic leadership can provide harmonious living conditions to the non-Muslims under the purview of the Islamic government. There is no necessity to call for unity because the exemplary nature of Islamic leadership would have inculcated such an environment.
    This kind of leadership would be “contagious” and would weed out the bad ones naturally. This would be a step closer to 1Malaysia.
    During my early childhood, I mingled with children from all races and I was indeed “colour blind” and so were they.
    Today, I am seeing that children mainly mix among their own kind. So, they are not “colour blind” any more judging from their remarks made and hurled at one another.
    Such a thing never existed in my childhood days. Even when we were involved in physical fights, we often fought as a united front. Now the children are fighting with other races. So, what has gone wrong here? I believe the politicians have the answer to this.
    The formative childhood years are so important. Any changes made would be difficult to impose when they reach adulthood. So let’s tackle the issue when they are young. This would be another step closer to Satu Malaysia.Melayu Boleh
    Many countries have adopted the “performance system” whereby the leading political party would even consider appointing individuals from the opposing parties in key positions, based on their capabilities in a particular area.
    This sort of system would lead us to the next quantum as a competitive nation. I can see many talented locals in my daily walks with people. It would not be wrong to get these talented individuals to support the nation in the area of their strengths.
    While the politicians are the elected officials, I urge them to work with these talented individuals in propelling the nation to greater heights like never before. Many successful nations have moved forward through “buying ins” of talented individuals. I believe that we have sufficient talented individuals to fulfil these supportive roles without much “buy ins” from elsewhere. This would be a quantum leap towards 1Malaysia.
    While I have not lived long enough to see the entire history of this nation, I know our great nation was ahead of many nations many decades ago. Today we are just trying to keep up.
    We have lost our steam along the way. Now, as 1Malaysia, we can achieve our glorious years again. This may well be our last key action plan towards achieving Satu Malaysia after all.